RPH


RANCANGAN PENGAJARAN DUNIA MUZIK TAHUN 1
Mata Pelajaran           :           Pendidikan Muzik
Kelas                          :           1  Cemerlang
Masa                          :           10.30-11.30
Bilangan Murid          :           35 orang
Aspek                         :           Modul 2- Penghasilan Muzik
Item                            :           2.1       Menghasilkan idea muzikal kreatif
Tajuk                          :           Bunyi haiwan
Kemahiran                 :         a)  Guru menunjukkan gambar haiwan dan murid cuba 
                                                      membunyikan suara haiwan tersebut
                                                b)  Murid membuat pergerakan mengikut gambar haiwan
                                                     yang dipilih
                                                      contoh :   -     kambing
-       Ayam
-       katak
-       kuda
-       itik
                                                c)  Aktiviti berkumpulan
d) Menyanyi lagu dengan iringan muzik
                                                e)  Menyanyi mengikut suara haiwan berdasarkan lirik
                                                     lagu. Lagu yang dipilih bertajuk “bunyi diladang.
Hasil pembelajaran      :           Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh :-
2.1.1 Menghasilkan  aktiviti penerokaan dan Meniru  suara haiwan
Pengetahuan sedia ada :        Murid – murid pernah melihat haiwan di sekeliling dan juga di Zoo
Strategi                         :        Kecerdasan pelbagai (visual, audio dan kinestatik)
Nilai Murni                  :         sabar / Kerjasama
BBM                            :         Lap top / LCD / Carta lagu / Kad ikon / Speaker/Gambar
                                                Besar/CD
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan

Set induksi
(5 minit)

Perkenalan awal

Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengalaman murid melihat haiwan sama ada di kawasan sekitar atau di Zoo
Refleksi:

Langkah 1
(10 minit)

Guru menujukkan gambar haiwan
a)    Guru menunjukkan gambar haiwan menerusi slide power point dan murid cuba untuk menyebut nama haiwan
b)    Gambar haiwan yang ditunjukkan seperti
c)    Guru memecahkan murid kepada 5 dengan kepelbagaian kecerdasan dalam satu kumpulan
d)    Murid menyebut mengikut kumpulan dan individual
ABM :
Lap top/ LCD/Speaker

Refleksi:







Langkah 2
(5    minit)

Mengajuk bunyi dan pergerakan haiwan
a)    Guru meminta murid mengajuk suara haiwan yang dibunyikan oleh guru diikuti dengan pergerakan haiwan
b)    Murid mendengar dengan teliti
c)    Murid mengajuk bunyi dan pergerakan haiwan



Langkah 3
(5 minit)


Memberii respon melalui kad ikon
a)    Guru menunjukkan kad ikon yang mengandungi gambar haiwan
b)    Murid membunyikan suara haiwan mengikut gambar yang dipilih oleh guru secara rawak
c)    Guru meminta murid mengajuk gerakan haiwan yang ditunjukan oleh guru

ABM:
Kad ikon

Refleksi :

Langkah 4
(10 Minit)

Aktiviti Kumpulan
a)    Setiap kumpulan murid diberi kad ikon mewakili kumpulan masing-masing
b)    Guru memberikan peraturan permainan
c)    Murid akan membunyikan suara haiwan mengikut gerakan yang akan ditunjukan oleh guru secara spontan
d)    Guru akan memberikan peneguhan kepada kumpulan yang menang
ABM:
Kad ikon
Refleksi:





Langkah 5
(15 minit)
Menyanyikan lagu
a)    Guru menayangkan video yang mengandungi gambar
haiwan
b)    Lagu yang dipilih ialah “bunyi di ladang” 
c)    Murid menyanyikan lagu dengan iringan muzik
d)    Murid menyanyi mengikut suara haiwan berdasarkan lirik lagu
ABM:
Lap top/CD Track 32
/LCD/Speaker/ Carta lirik
Refleksi:
Langkah 6
(5 minit)
Lembaran kerja
a)    Guru memberikan lembaran kerja yang mengandugi gambar-gambar haiwan
b)    Guru meminta murid mendengar dengan teliti
c)    Murid-murid hendaklah menanda (X) pada ruang yang disediakan
d)    Guru akan membunyikan haiwan manakala murid menanda pada jawapan yang betul
e)    Guru akan mengumpul lebaran kerja
f)     Guru memberi peneguhan positif kepada yang dapat menjawab dengan baik
ABM
Lembaran Kerja
Refleksi:
Penutup
(5 minit)
Rumusan
a)    Guru menegaskan semula 5 jenis haiwan yang dipilih
b)    Guru meminta murid membunyikan suara haiwan tersebut
c)    Guru menunjukan kepada murid pergerakan haiwan diikuti dengan bunyi haiwan
d)    Guru meminta murid menyanyi semula lagu yang diberi
Refleksi:

No comments:

Post a Comment