SOALAN 1
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN
HINGGA KINI.
1.0 Pengenalan
Sebelum berlakunya kemerdekaan di Tanah Melayu sistem
pendidikan di negara ini masih lagi berpecah dan berlaku perbezaan kaum dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa
tersebut wujud lima jenis sistem persekolahan iaitu sekolah agama, sekolah
melayu, sekolah cina, sekolah tamil dan sekolah Inggeris. Manakala lokasi setiap sekolah tersebut
terpisah antara satu sama lain, sekolah-sekolah melayu di pertempatkan di desa,
sekolah india di ladang, dan sekolah cina di kawasan perlombongan. Seterusnya bahasa pengantar setiap sekolah
juga berbeza. Jelas hal ini menunjukkan
sistem-sistem persekolahan seperti ini menjejaskan perpaduan rakyat di Tanah
melayu. Keadaan ini menunjukkan tidak akan
belaku interaksi antara pelajar-pelajar melayu, cina dan india . Lantaran itu perpaduan tidak dapat dipupuk
dalam kalangan pelbagai kaum. Selain
itu,kaum cina dan india hanya dapat berinteraksi apabila masuk ke sekolah Inggeris manakala kaum melayu tidak terlibat kerana
sekolah Inggeris majority dalam kalangan cina dan india.
Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa semasa sebelum
berlakunya merdeka pihak British tidak berminat untuk membangunkan rakyat di
Tanah Melayu pada ketika itu, mereka hanya berminat untuk memilik hasil bumi di
Tanah melayu. Selain itu, pihak British
juga membiarkan sahaja sekolah-sekolah ini ditubuhkan berdasarkan kurikulum
yang pelbagai jenis dan membiarkan wujudkan perbezaan perkauman. Pihak British juga tidak pernah berusaha
untuk mewujudkan satu sistem pendidikan tuggal yang boleh memupuk perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Tanah Melayu.
Tetapi, selepas berlakunya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 Tanah
Melayu dikenali sebagai Malaysia dan turut berlaku perubahan yang besar dalam
sistem pendidikan. Matlamat utama
perubahan sistem pendidikan di Malaysia ialah mewujudkan pendemokrasian
pendidikan.
2.0 Hala tuju Pendidikan selepas merdeka.
Selepas berlakunya kemerdekaan kerajaan Malaysia
menyedari bahawa pendidikan Negara perlu dipertingkatkan agar dapat menaikan
nama negara ke mata dunia. Selain itu
bagi menghadapi cabaran globalisasi kerajaan mengorak langkah dengan membentuk
kurikulum yang sesuai untuk sistem pendidikan negara. Perubahan dalam sistem pendidikan negara
mengikut peringkat-peringkat perubahan pascamerdeka iaitu era
1957-1970, era 1971-1990, era 1991-2000 dan era 2001-2010.
a)
Era 1957-1970
Semasa era 1957 Ordinan 1957 telah dibentuk bagi
memantapkan halatuju pendidikan. Ordinan
ini mencakupi peraturan-peraturan pelajaran (disiplin sekolah) 1959. Perancangan pendidikan dirangka untuk semua
kaum dalam masyarakat dan juga meliputi semua aspek perkembangan pendidikan
Malaysia.
Seterusnnya atas kesedaran ingin mengembangkan pendidikan
negara kerajaan telah merangka Laporan Rahman Talib,1960 iaitu mencadangkan
Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Kesan dari Laporan Rahman Talib, 1960 telah
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sebagai bahasa pengantar utama
pada semua peringkat pendidikan serta menjadikan kurikulum dan peperiksaan yang
sama kepada semua pelajar. Melalui
laporan Rahman Talib 1960 Bahasa melayu di ajar mulai darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan meletakan
syarat lulus dalam mata pelajaran bahasa melayu bagi calon-calon ke sekolah
menengah dan pusat latihan guru. Selain
itu, kesan dari kesedaran itu kerjaan telah mengambil keputusan dengan
memberikan insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Dari hal itu, Akta
Pelajaran 1961 telah dibentuk agar mampu melonjakan bidang pendidikan di negara
ini.
Rentetan dari Akta Pelajaran 1961
pada tahun 1962 semua pelajar mendapat pendidikan percuma ia bertujuan untuk
membantu semua rakyat yang miskin dan juga rakyat yang kaya kerana semua orang
mendapat hak pendidikan. Seterusnya pada
tahun 1964 dasar pendidikan telah memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
hak pendidikan selama 9 tahun dari darjah 1 hingga tingkatan 3. Lebih-lebih lagi pada masa yang sama
Rancangan Malaysia Pertama telah diperkenalkan iaitu pada 1966 hingga 1970 yang
mengutamakan kebajikan rakyat dan meningkatkan taraf pendidikan penduduk di
kawasan luar bandar terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Kesimpulanya, dapat dilihat disini era 1957-1970 lebih
kepada penyatuan semua kaum dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai mata
pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar untuk memudahan interaksi antara kaum.
Selain itu, dengan adanya Falsafah Pendidikan yang bermatlamatkan sama rata
dengan tidak menyisihkan kaum, darjat dan agama dapat membantu dalam
meningkatkan lagi perkembangan pendidikan di Malaysia pada masa ini, kesan yang
dapat dilihat pada era ini menunjukkan bahawa pendidikan pada masa ini membawa
kepada anjakan paradigma yang proaktif dalam sistem pendidikan.
b) Era 1971-1990
Pada masa ini dikenali sebagai zaman ekonomi baru iaitu kerajaan
telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas berlaku rusuhan kaum pada
13 Mei 1969. Rentetan dari peristiwa ini
telah memberikan impak yang besar pada
sistem pendidikan. Oleh itu, kerajaan
telah meningkatkan usaha untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kaum. Disamping itu, bagi mengelakkan kecelaruan
antara kaum Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan kerajaan
membuat semakan terhadap Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan membuat
pembaharuan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Seterusnya usaha kerajaan bagi meningkatkan pendidikan negara
telah banyak memberi kesan kepada rakyat yang tidak berkemampuan. Hal ini kerana kebajikan golongan miskin
dalam pendidikan ditingkatkan lagi dengan melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT). Selain itu, kerajaan juga
melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bertujuan untuk membantu golongan
pelajar yang kurang berkemampuan mendapat makanan seimbang. Usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak
meninggalkan golongan miskin.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan
pada tahun 1982 sebagai peringkat percubaan.
Kemudian diteruskan dengan melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1988 apabila murid yang berada dalam KBSR masuk ke sekolah
menengah. Melalui KBSR sistem pendidikan
Negara dibaik pulih dengan adanya komponen-kompenen yang terdapat dalam KBSR
seperti kemahiran 3M, kemahiran berfikir, nilai merentas kurikulum, patriotisme,
Bahasa Melayu merentas Kurikulum. KBSR
lebih kepada perkembangan individu murid-murid digalakan untuk mengambil muzik,
lukisan dan aktiviti-aktiviti penulisan.
Oleh itu, satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini telah dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982.
Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan
murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan
murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai
kemahiran belajar seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat .
Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih
kompleks lagi seperti memberikan idea.
Walau bagaimanapun
kesan KBSR ini kepada guru ialah ketidaksediaan guru untuk menghadapinya. Kebanyakan guru dibawah KBSR dibebani dengan
tugasan yang berat kerana terpaksa mengendalikan bilik darjah yang besar dan
mempunyai 40 orang murid. Selain itu, guru-guru juga telibat dalam penyimpanan
rekod dan akhirnya guru-guru hanya mementingkan fail-fail sebelum
murid-murid. Keadaan ini telah membawa
impak sampai ke hari ini dimana guru-guru dibebani dengan sistem fail yang
berbagai-bagai.
Kemudian dalam era ini juga Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) telah diperkenalkan lebih kearah membentuk modal insan dan menjadikan
rakyat Malaysia warganegara baik dengan menjadikan insan yang percaya dan patuh
kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, serta
memiliki sahsiah seimbang dan sepadu sepertimana apa yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987.
Kesan dari FPN yang telah diperkenalkan sistem pendidikan negara lebih
nampak jelas sehingga sekarang kerana hala tuju pendidikan kebanyakannya
merujuk kepada FPN iaitu lebih ke arah untuk melahirkan insan yang cemerlang
dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). Melalui penambahbaikan yang dijalankan
mengakibatkan sistem pendidikan di negara kita semakin hari semakin bersistematik.
Dengan adanya FPN matlamat untuk menjadikan negara di Malaysia makmur dan
masyarakat majmuk yang sejagat dapat direalisasikan.
c) Era 1991-2000
Pada era 90an ini memperlihatkan Negara telah melangkah
ke era pembangunan yang pesat bagi memastikan Negara mencapai kemajuan Negara
dengan terancang iaitu melalui RMK6 dari tahun 1991-1995 dan RMK7
1996-2000. Oleh itu kerajaan juga telah
memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara yang mempunyai pengetahuan tentang
tujuan, rasional, konsep, perlaksanaan dan kesan-kesan pembangunanan melalui
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar bersih,cekap dan amanah dan pelan integrati
Nasional.
Dasar Pembangunan Nasional DPN menetapkan satu langkah ke
arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua
segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan
politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan
ekonomi. Manakala Dasar bersih cekap dan
amanah pula adalah bertujuan untuk Bagi mewujudkan satu etika kerja dan sikap
berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada
peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja.
Seterusnya Pelan Integrasi Nasional (PIN) bertujuan untuk menanam dan
memupuk budaya
etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia
Seterusnya pada tahun 1992 kerajaan telah memperkenalkan
pendidikan umum selama 11 tahun iaitu setiap daripada rakyat Malaysia
diwajibkan untuk mengikuti sesi persekolahan bermula dari tahun 1 sehinggalah
ke tingkatan 5. Kemudia kerajaan telah
memurnikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah. Ia mampu untuk meningkatkan hala
tuju pendidikan di masa akan datang.
Selain itu, pada era ini dapat diperlihatkan perubahan
yang pesat dalam pembangunan dunia pendidikan melalui falsafah dan hala tuju
pendidikan Negara. Kerajaan juga telah
meningkatkan perundangan bagi melancarkan pembangunan pendidikan melalui
penggubalan undang-undang dan Pindaan Akta contohnya seperti Akta Pelajaran
1961 dengan mengantikan kepada Akta Pendidikan Tinggi Negara 1996 iaitu membolehkan penubuhan sebuah majlis yang
bertujuan untuk menentukan dasar dan menyelaraskan pebangunan Pendidikan
Tinggi. Mewujudkan Akta Lembaga Akredasi Negara (LAN) 1996 bagi memastikan
tahap pendidikan dengan jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan
terpelihara dalam pendidikan swasta. Seterusnya Akta PTPTN (Pindaan 2000) iaitu
membenarkan pinjaman kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi dan swasta.
Kesimpulanya, pada era ini dapat dilihat disini
pembangunan negara banyak mengalami perubahan bagi mencapai hala tuju
pendidikan agar lebih cemerlang dan tebilang di masa hadapan.
d) Era 2001-2012
Pada abad ini pembangunan pendidikan negara mengalami
trasformasi yang banyak untuk menghadapi cabaran globalisasi iaitu menghadapi
dunia tanpa sempadan telah menyebabkan Malaysia mesti mewujudkan strategi untuk
pembangunan pendidikan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan telah membuat penambahbaikan bagi
meneliti semula projek dan program yang telah dirancang bagi mencapai apa yang
terkandung dalam Falsafah Negara iaitu untuk melahirkan warganegara yang
berilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan berkemahiran serta berakhlak
mulia. Banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan
pembangunan dalam pendidikan pada abad ke-21 ini dan juga memperhebatkan
perundangan, dasar dan program utama ia memberikan impak yang besar kepada Negara
antaranya seperti berikut:-
i.
Pada
tahun 2003, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan
(Keputusan Jemaah Menteri, 2002) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)
turut diperkenalkan. Walau bagaimanapun
perlaksanaannya tidak dapat menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila
Laporan Trends in Mathematics Science Study (TIMSS) tahun 2007
menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia merosot dari tempat ke10 pada tahun
2003 ke 20 manakala bagi Matematik dan mata pelajaran Sains dari tempat ke 20
pada tahun 2003 ke 21 pada tahun 2007.
Kemudian berlaku jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semasa perlaksanaan PPSMI. Rentetan dari itu kerajaan telah memansuhkan
PPSMI dan digantikan dengan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dengan
perlaksanaan MBMMBI ini dapat dilihat akan usaha kerajaan untuk memartabatkan
semula bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan dan bahasa hubungan utama selaras dengan perkara
yang termaktub dalam perkara 152, Perlembagaan Malaysia dan juga Akta
Pendidikan 1996 yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
ii.
Program j-QAF diperkenalkan pada
tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam
menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain apabila tamat sekolah
rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003).
Melalui j-Qaf ini dapat dilihat ia adalah salah satu usaha kerajaan bagi
meningkatkan kembali huruf jawi yang telah hilang lapuk dek zaman.
iii.
Pada tahun 2006 aktiviti kokurikulum
diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada
RM10 untuk sekolah rendah dan RM12 untuk sekolah menengah (Keputusan Jemaah
Menteri, 2005). Di samping itu, aktiviti kokurikulum dijadikan syarat kelayakan
ke IPTA mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005)
Pada era ini juga, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) diperkenalkan untuk memartabatkan hala tuju dan falsafah pendidikan di negara Malaysia. Antara yang termaktub dalam PIPP ialah berdasarkan kepada enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pada peringkat ini hala tuju pendidikan negara lebih bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global berdasarkan kepada falsafah pendidikan yang dicanangkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Pada era ini juga, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) diperkenalkan untuk memartabatkan hala tuju dan falsafah pendidikan di negara Malaysia. Antara yang termaktub dalam PIPP ialah berdasarkan kepada enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pada peringkat ini hala tuju pendidikan negara lebih bersifat untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global berdasarkan kepada falsafah pendidikan yang dicanangkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Keberkensanan
PIPP telah diakui oleh Delegasi Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-179
terutama bagi mengurangkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar. Bersesuaianlah dengan matlamat Negara iaitu
meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Demi menghadapi cabaran wawasan 2020 iaitu untuk
mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur.
Oleh itu, rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara dan demi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Kerajaan telah mewujudkan sekolah wawasan untuk meningkatkan perpaduan. Kemudian kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari
dan Kluster pada tahun 2010 bertujuan
untuk melatih pelajar-pelajar pandai dalam teknologi terkini untuk melahirkan
generasi yang mampu menghadapi wawasan 2020.
Walau bagaimanapun kejayaan dalam penubuhan Sekolah Bestari ini masih
tidak kesampaian di seluruh negara kerana hanya berjaya dilaksanakan di beberapa
kawasan sahaja.
Kemudian, kerajaan menukar KBSR
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Penubuhan KSSR adalah berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui
tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan
estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori
pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,
iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk
bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to
live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Impak kepada perubahan ini hanya akan dilihat
di masa hadapan. Apa yang perlu
dilakukan sekarang guru-guru mestilah lebih bersedia untuk menghadapi perubahan
ini. Selain itu, guru-guru perlu
meningkatkan daya kreativiti dan inovasi masing-masing demi menghadapi perubahan
kurikulum dan menghadapi dunia globalisasi untuk cabaran wawasan 2020.
3.0
KESIMPULAN
Kesimpulanya,
sistem pendidikan di Malaysia banyak berlaku perubahan dari semasa ke
semasa. Pelbagai usaha kerajaan demi
menghadapi 9 cabaran wawasan 2020 dan demi menghadapi dunia globalisasi. Selain itu, biarpun kerajaan menjalankan
pelbagai usaha peranan Falsafah Negara sebagai tunggak dasar pendidikan
dan tidak pernah lupakan. Oleh itu, banyak impak yang diperolehi
kesandari pembangunan dan peningkatan mutu pendidikan sama ada ia bersifat
positif atau sebalik. Walau bagaimanapun
ia adalah satu usaha kerajaan demi memantapkan sistempendidikan agar negara
Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara maju dan juga negara yang
membangun. Oleh itu, pelbagai pihak
perlu mengambil peranan dan saling bekerjasama dalam memantapkan lagi sistem
pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
pendidikan Guru khususnya bagi para guru kerana guru-guru merupakan tonggak
utama sebuah sistem pendidikan itu berjalan dengan lancar.
SOALAN
2:-
BINCANGKAN
IMPLIKASI FALAFAH PENDIDIKAN ISLAM, BARAT DAN TIMUR TERHADAP PEMBENTUKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.
Akta Pendidikan 1961 di Malaysia telah menetapkan
polisi-polisi pendidikan yang digunakan hampir 3 dekad lamanya sebelum dipinda
pada tahun 1996 dan buat pertama kalinya menetapkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebelumnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara.
“ Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Falsafah Pendidikan adalah salah satu usaha kerajaan
untuk menghasilkan warganegara yang berpengetahuan dan berkebolehan. Seterusnya mempunyai nilai moral yang tinggi
dan boleh mencapai kejayaan kepada diri sendiri dan masyarakat. Bagi mencapai aspirasi ini karajaan telah
berusahan bersungguh-sungguh agar perlaksaannya berjalan dengan lancar.
Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru adalah berfungsi
untuk membina guru-guru yang mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang meninginkan insan yang seimbang dan harmoni. Kedua-dua falsafah ini bertanggungjawab
terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
Sebagai seorang guru menjadi satu tanggungjawab agar merealisasikan
pendidikan negara agar dapat menghadapi wawasan 2020.
Menerusi Falsafah pendidikan yang ia sebenarnya diambil
kira melalui pelbagai aspek untuk menghasilkan masyarakat yang maju,
bertamadun, berdaya saing dan tahan dengan ujian tidak kiralah ujian dari segi
emosi dan jasmani. Kita tidak mahu kelak
dimasa hadapan negara melahirkan masyarakat yang tidak mempunyai akhlak yang
baik biarpun memperolehi kejayaan tetapi sekiranya tidak memiliki akhlak yang
baik maka sesuatu tamadun itu akan hancur seperi mana yang berlaku pada zaman
kegelapan di Tanah Arab ketika dahulu. Kejayaan dan juga akhlak kedua-duanya adalah sama
penting bagi melahirkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu, bersepadu
dari segi amalan dan dihormati oleh semua orang sekalipun masyarakat dunia.
a) Implikasi falsafah pendidikan islam
Terdapat implikasi dalam pembentukan falsafah pendidikan
adalah dari falsafah pendidikan islam, barat dan timur. Antaranya yang dapat dilihat ialah terdapat
unsur-unsur agama dan ketuhanan menerusi Falsafah Pendidikan Islam iaitu agar
bangsa Malaysia mempunyai sifat keagamaan yang kuat serta mempunyai jati diri
yang tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat barat khasnya. Selain itu dapat dilihat Falsafah Pendidikan Negara
diambil dari ideology Falsafah Pendidikan Islam Terbentuk dengan jelas seperti
mengaitkan dengan teori menyepadukan elemen roh, jasad dan akal dalam
menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi yang kukuh dalam
pembentukan sistem pendidikan negara.
Dalam masyarakat moden dan manusia mula bergerak pantas
begitu juga dengan pembangunan. Oleh
itu, unsur-unsur ilmu dan juga perkara yang berkaitan dengan agama tidak boleh
diabaikan. Ia banyak memberikan kekuatan
dan pertunjuk kepada sesiapa sahaja.
Menurut tokoh-tokoh islam ilmu mestilah bertujuan kepada kerohanian dan
manusia harus menyembah tuhan dan yakin akan diri sendiri (Tajul Ariffin &
Aini,1992). Kepentingan ilmu dan
hubungan dengan kepercayaan kepada tuhan sebenarnya tercatat dalam falsafah
tersebut. Selain itu, dalam falsafah
islam juga menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan begitulah juga apa yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menekankan melahirkan
insan yang seimbang.
b) Implikasi Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat juga memberi implikasi terhadap
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melalui falsafah pendidikan dapat dilihat dalam dua bahagian Iaitu
tradisional dan moden. Ia menekankan
aspek Pererialisme dan Esensisalisme.
Maksud pererial ialah tidak berubah atau lebih jelas sesuatu yang tidak
berubah iaitu berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia yang bersifat sejagat
dan tidak berubah. Seperti mana yang
terdapat dalam falsafah pendidikan ialah mengajar pengetahuan dan nilai yang
bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada
potensi dan rasional inidividu, lebih pasif, menekankan agama melebihi sains,
serta melatih 3M dan kemahiran meningkatkan kemahiran mental dan menaakul. Manakala Esensesilisme pula berkonsepkan
menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini boleh berubah dari
semasa ke semasa serta bersifat praktikal dan pragmatik.
Menerusi matlamat pendidikan pula, pengajaran maklumat
lebih kepada berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh
murid-murid sebagai penghayatan budaya.
Lebih kepada penumpuan terhadap inovasi kurikulum sekolah dengan
perancangan yang rapi dan guru memainkan peranan utama, memberi latihan intelek
dan mental seterusnya menerapkan 3M dan nilai kemasyarakatan ditekankan.
Selain itu, terdapat juga cebisan Falsafah Pendidikan
yang mengambil kira ahli pendidik dan falsafah pendidikan yang terkenal dari
Amerika Syarikat pada abad ke20 iaitu John Dewey iaitu membawa kepada fahaman
pramatisme dengan mengatakan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu
yang menyeluruh. Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan manusia yang holistik dari segi Jasmani,
Emosi,Rohani, intelek dan sosial.
c) Implikasi Falsafah Pendidikan Timur
Seterusnya implikasi Falsafah Pendidikan Timur iaitu
berasaskan falsafah cina dan india.
Menerusi falsafah timur lebih menekankan kepada aspek intelek dan rohani
sahaja. Penekanan tidak diberikan kepada
unsur jasmani seperti mana di Malaysia. Di Malaysia pendidikan jasmani dan
kesihatan diberi penekanan dan juga merupakan salah satu mata pelajaran di
sekolah. Selain itu, pelajar juga
diwajibkan untuk menyertai sukan dan permainan pada peringkat sekolah, daerah
dan negara. Melaluinya pelajar akan
memperolehi kesihatan dari segi fizikal dan mental serta dapat menyumbang
sesuatu kepada negara. Walau
bagaimanapun tidak banyak sekolah tidak mengikut seperti mana yang disarankan
oleh kerajaan. Kebiasaannya mata
pelajaran ini diabaikan oleh kebanyakan sekolah dan ada juga yang tidak
mengikut prosedur yang ditetapkan.
Keadaan ini akan menyebabkan apa yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai.
Menurut Conficius dalam Falsafah Pendidikan Conficius pendidikan
adalah untuk semua dengan tidak mengira status sosio ekonomi atau kedudukan
sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara. Menerusi sistem pendidikan negara semua orang
berhak untuk mendapat pendidikan tidak kiralah golongan miskin mahupun kaya dan
tidak diabaikan juga mereka yang berkeupayaan khas. Dewasa ini banyak sekolah Pendidikan Khas
telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada semua Orang Kelainan
Upaya (OKU) supaya merekan dapat berdikari di masa akan datang bagi menghadapi
dunia globalisasi dan cabaran wawasan 2020 serta tidak disisih.
Kesimpulanya, sekalipun terdapat banyak implikasi
terhadap falsafah pendidikan timur, islam dan barat perkembangan pendidikan
dari segi positif mahupun negatif. Kita
sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling bekerjasama dan berganding bahu
antara satu sama lain demi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan dan
falsafah pendidikan guru. Guru-guru
hendaklah sentiasa mewujudkan akauntabiliti dan integrity dalam diri dan
masyarakat demi melahirkan insane yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab,
inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah
pendidika kebangsaan dan guru bagi bertanding dengan dunia globalisasi.
SOALAN 3
TULISKAN SATU REFLEKSI BERHUBUNG DENGAN AMALAN
PROFESIONALISME GURU DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN DENGAN KEHENDAK FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.
1.0 Pendahuluan
Matlamat utama pendidikan dimalaysia ialah untuk
menampung keperluan tenaga kerja dan
mencapai perpaduan negara melaui perkembangan individu yang bersepadu
dan mneyeluruh dari segi jasmani,emosi, intelek, dan rohani selaras dengan apa
yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Sebagai menyempurnakan
matlamat ini para guru diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini sebagai
pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu malahan dalam membentuk sahsiah
anak didiknya. Selain itu, melahirkan
generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat mewujudkan bangsa yang
bertamadun.
Apabila FPK dihayati guru harus sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat besar. Guru perlu mencurah ilmu sama ada pelajarnya
tidak menunjukkan minat atau sebaliknya.
Selain itu, peranan guru juga haruslah peka dalam isu-isu semasa dan
menyesuaikan diri dengan bijak bagi menangani masalah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) terutama sekali dalam pembentukan disiplin pelajar. Untuk menjadi seorang guru yang profesinal,
seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam diri iaitu
kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah,1996). Menjadi seorang guru kita bukan sahaja
mempunyai kemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu tetapi sikap, tingkah laku
dan disiplin diri haruslah dibentuk kea rah profesionalisme. Guru merupakan model bagi seseorang murid
itu, menurut Albert Badura (1977) dalam teori sosialnya proses mengamati dan meniru perlakuan dan
sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari zaman
selepas merdeka bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara begitu juga bagi
memartabatkan profesion pendidikan guru dengan menjadikan guru sebagai salah
satu kerjaya yang professional. Menurut
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1997) telah mencadangkan diadakan Etika Profesion Perguruan
(EPP) bagi pembentukan tatasusila guru.
Semua guru yang telah memiliki sijil perguruan hendaklah
mematuhinya. Namun begitu sehingga
kehari ini masih lagi terdapat berita-berita yang tidak menyenangkan yang
memaparkan tentang etika seorang guru.
Pengamalan EPP dalam kalangan guru adalah penting bagi
menjamin profesion perguruan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan
berkait rapat dengan kesedaran guru itu sendiri.
2.0 Guru sebagai pembentuk modal Insan
Secara umumnya semua orang sudah mengetahui tempat awal
untuk menghasilkan modal insan yang diharapkan oleh sekolah mahupun negara
adalah bermula dari sekolah. Disebabkan
itulah tugas seorang guru bukan sahaja mendidik malahan tugas mereka lebih dari
itu iaitu membentuk modal insan dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh para
guru ini bagi mencapai matlamat FPK agar menjadi modal insan yang diharapkan. Peranan seorang guru di sesebuah sekolah itu
amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat negara dalam
konteks dunia sekarang salah satu aspirasi tersebut ialah melahirkan modal
insan yang berkualiti tinggi.
Oleh itu kepentingan peranan guru di Malaysia ialah memastikan
anak didik mereka cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini dapat dilihat menerusi
langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Oleh itu, segala pengajaran dan pembelajaran
guru hendaklah mencapai objektif yang dirancang, kemudian penyusunan dan
langkah ketika menyampaikan isi kandungan, pemilihan bahan bantu mengajar,
media pengajaran dan pemilihan tajuk hendaklah semuanya jelas dan teratur. Pengalaman sebagai seorang guru Sandaran
Tidak Terlatih (GSTT) di kebanyakan sekolah yang pernah bertugas didapati guru-guru
tidak mengambil peduli tentang penyusunan proses pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan baik. Menurut mereka
asalkan dapat menghabiskan silibus ia sudah cukup dilakukan tidak kiralah murid
itu faham atau tidak asalkan pada hujung tahun mereka sudah menghabiskan semua
tajuk. Apabila murid-murid mengambil
peperiksaan dan didapati mereka tidak lulus mereka menyalahkan murid-murid
kerana tidak mahu belajar walhal masalah adalah berpunca dari guru-guru
tersebut kerana tidak menjalankan tugas yang diamanahkan serta sambil lewa
tanpa memikirkan kepentingan mereka dalam membentuk modal insan. Selain itu, guru-guru juga haruslah
memastikan selepas habis proses pengajaran dan pembelajaran mereka haruslah
peka dengan menerapkan nilai-nilai murni.
Secara tidak langsung murid-murid akan memantapkan kekuatan dan membela
kemuliaan maruah diri dan membentuk akhlak mereka dengan baik. Guru merupakan super model untuk seorang
murid-murid oleh itu seorang guru itu hendaklah sentiasa memberi kata nasihat
dan bimbingan serta motivasi kepada murid-murid. Dapat dilihat disini kecemerlangan akademik
memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri yang dianggap penting
dalam melahirkan modal insan. Melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka ikuti mereka akan menjadi insan
yang berdisiplin, bermoral, berpegang kepada nilai-nilai murni yang diterapkan
oleh guru. Menjadi akauntabiliti guru
untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran guru difahami oleh
anak didik mereka. Guru juga haruslah memastikan
tahap kecerdasan murid-murid dan juga perbezaan individu dalam kalangan
murid-murid mereka supaya mereka dapat mengetahui bentuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang akan mereka laksanakan di dalam kelas. Supaya tidak berlaku ketiakadilan guru dalam
memberikan ilmu kepada anak murid mereka.
Guru juga mestilah membantu murid-murid cemerlang dalam
kokurikulum bagi menyediakan pendidikan yang holistic dari segi perkembangan
kemahiran sosial murid dan mempereratkan interaksi dan integrasi dalam kalangan
murid-murid. Oleh itu, peranan guru
adalah menjadi satu tanggungjawab untuk menggalakan murid-murid melibatkan diri
dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan disekolah. Apabila murid-murid melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum mereka akan dapat banyak perkara yang akan dipelajari
misalnya berkaitan dengan kepimpinan, bekerjasama, berdaya saing, berfikiran
kreatif, berfikiran kritis, berdaya tahan, berdisiplin, menngkatkan jati diri,
meningkatkan integriti dalam diri, bertanggungjawab, amanah, ikhlas, menepati
masa, bersatu padu dan sebagainya bagi melengkapkan diri dalam meningkatkan
modal insan yang diharapkan oleh negara.
Oleh itu dalam memainkan peranan penting seorang guru
dalam melaksanakanya ialah dengan menjadi penasihat kepada beberapa kelab dan
persatuan di sekolah. Guru tersebut
hendaklah mengambil kesempatan ini untuk memastikan bahawa murid-murid ini
memperlajari sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat apabila mereka menceburi diri
secara aktif dalam bidang kokurikulum dan menjadi modal insan yang
diharapkan. Peranan guru seterusnya
ialah berusaha memperkembangkan lagi keupayaan mereka dalam meningkatkan daya
kreatif dan inovasi murid-murid supaya menjadi lebih positif dan
progresif. Misalnya guru kemahiran hidup
di sekolah melalui mata pelajaran reka cipta guru menubuhkan persatuan reka
cipta dan mewujudkan pertandingan reka cipta yang inovasi berasaskan bahan
kitar semula. Guru sebagai penasihat dan
murid-murid menerahui persatuan dengan mengutamakan kerjasama dalam kalangan
ahli kumpulan. Secara tidak langsung
mereka belajar tentang ciri-ciri kepimpinan, nilai-nilai murni dan
sebagainya. Semua ini akan membentuk
mereka menjadi modal insan yang diharapkan.
Selain kecemerlangan kokurikulum dan kurikulum menjadi
tanggungjawab guru dalam memartabatkan profesionalisme guru dengan menerapkan
nilai-nilai keagamaan dalam kalangan murid atau modal insan secara langsung.
Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang
diharapkan. Hal ini kerana jati diri dan
maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan dalam
kalangan murid-murid. Penerapan
keagamaan ini boleh diterapkan semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran terutama dalam pembentukan akidah murid-murid. Dengan akidah yang kental, murid-murid akan
menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan jasmani. Langkah-langkah menyemai nilai-nilai
keagamaan ini adalah menerusi mata pelajaran wajib seperti pendidikan islam dan
pendidikan moral.
Menjadi tanggungjawab guru untuk melengkapkan murid-murid
dengan kemahiran informasi dan teknologi maklumat di sekolah agar melahirkan
masyarakat yang celik IT serta mampu bersaing dengan dunia globalisasi dan
dapat mengharungi wawasan 2020 sejajar dengan matlamat falsafah Pendidikan
Kebangsaan. oleh itu, langkah yang
seharusnya dilakukan oleh guru ialah bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu
kepada murid-murid dengan meningkatkan kefahaman dalam penyampaian berpaksikan kemahiran
dalam teknologi maklumat demi membentuk modal insan yang diharapkan. Sebenarnya apabila suatu hari nanti berlaku
kajian soal selidik mengenai celik IT dalam kalangan guru-guru akan didapati
adanya guru yang tidak tahu langsung mengenai komputer. Mereka bukan sahaja
tidak mahu belajar untuk membaiki diri malahan mereka menganggap itu sesuatu
yang tidak penting berdasarkan pengalaman menjadi guru ganti ada sesetengah
guru apabila diminta untuk mengemaskini data murid dalam komputer mereka akan
meminta guru-guru yang lebih muda dari mereka untuk melakukannya. Oleh itu, sebagai seorang guru menjadi
tanggungjawab guru untuk meningkatkan martabat guru seiring dengan pembangunan negara.
3.0 KESIMPULAN
Profesion
perguruan di zaman serba moden ini haruslah mampu untuk bersaing, menguasai dan
mengabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan demi melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna untuk masa hadapan dan demi menghadapi dunia
globalisasi serta menuju wawasan 2020. Guru-guru juga haris sedar bahawa
perkhidmatan perguruan mempengaruhi negara dan rakyatnya, guru-guru mesti
berusaha untuk mengekalkan dan memperbaiki piawaian profesional dan mencapai
matlamat yang menarik orang lain ke kerjaya pendidikan. Guru-guru hendaklah menerapkan akauntabiliti
yang tinggi dalam diri masing-masing dan mengetahui akan Kod Etika Profesion
Perguruan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip kemuliaan kehormatan,
integriti, mengambil berat perasaan orang lain dan keadilan demi melahirkan
seorang murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif serta seimbang
jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti mana yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Akhir sekali, pendidikan yang bertaraf dunia
seiring dengan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Diharapkan guru sebagai pemangkin
kecemerlangan dapat merealisasikan sepenuhnya menjelang 2020 nanti.
Disediakan
oleh: siti Soleha Jawahir
DPLI-Pend.Muzik