Wednesday 26 September 2012

implikasi falsafah barat


BINCANGKAN IMPLIKASI FALAFAH PENDIDIKAN ISLAM, BARAT DAN TIMUR TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.

Akta Pendidikan 1961 di Malaysia telah menetapkan polisi-polisi pendidikan yang digunakan hampir 3 dekad lamanya sebelum dipinda pada tahun 1996 dan buat pertama kalinya menetapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebelumnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara. 
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Falsafah Pendidikan adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghasilkan warganegara yang berpengetahuan dan berkebolehan.  Seterusnya mempunyai nilai moral yang tinggi dan boleh mencapai kejayaan kepada diri sendiri dan masyarakat.  Bagi mencapai aspirasi ini karajaan telah berusahan bersungguh-sungguh agar perlaksaannya berjalan dengan lancar. 
Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru adalah berfungsi untuk membina guru-guru yang mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meninginkan insan yang seimbang dan harmoni.  Kedua-dua falsafah ini bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.  Sebagai seorang guru menjadi satu tanggungjawab agar merealisasikan pendidikan negara agar dapat menghadapi wawasan 2020.
Menerusi Falsafah pendidikan yang ia sebenarnya diambil kira melalui pelbagai aspek untuk menghasilkan masyarakat yang maju, bertamadun, berdaya saing dan tahan dengan ujian tidak kiralah ujian dari segi emosi dan jasmani.  Kita tidak mahu kelak dimasa hadapan negara melahirkan masyarakat yang tidak mempunyai akhlak yang baik biarpun memperolehi kejayaan tetapi sekiranya tidak memiliki akhlak yang baik maka sesuatu tamadun itu akan hancur seperi mana yang berlaku pada zaman kegelapan di Tanah Arab ketika dahulu.   Kejayaan dan juga akhlak kedua-duanya adalah sama penting bagi melahirkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu, bersepadu dari segi amalan dan dihormati oleh semua orang sekalipun masyarakat dunia.
a)    Implikasi falsafah pendidikan islam
Terdapat implikasi dalam pembentukan falsafah pendidikan adalah dari falsafah pendidikan islam, barat dan timur.  Antaranya yang dapat dilihat ialah terdapat unsur-unsur agama dan ketuhanan menerusi Falsafah Pendidikan Islam iaitu agar bangsa Malaysia mempunyai sifat keagamaan yang kuat serta mempunyai jati diri yang tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat barat khasnya.  Selain itu dapat dilihat Falsafah Pendidikan Negara diambil dari ideology Falsafah Pendidikan Islam Terbentuk dengan jelas seperti mengaitkan dengan teori menyepadukan elemen roh, jasad dan akal dalam menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi yang kukuh dalam pembentukan sistem pendidikan negara.
Dalam masyarakat moden dan manusia mula bergerak pantas begitu juga dengan pembangunan.  Oleh itu, unsur-unsur ilmu dan juga perkara yang berkaitan dengan agama tidak boleh diabaikan.  Ia banyak memberikan kekuatan dan pertunjuk kepada sesiapa sahaja.  Menurut tokoh-tokoh islam ilmu mestilah bertujuan kepada kerohanian dan manusia harus menyembah tuhan dan yakin akan diri sendiri (Tajul Ariffin & Aini,1992).  Kepentingan ilmu dan hubungan dengan kepercayaan kepada tuhan sebenarnya tercatat dalam falsafah tersebut.  Selain itu, dalam falsafah islam juga menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan begitulah juga apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menekankan melahirkan insan yang seimbang. 
b)   Implikasi Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat juga memberi implikasi terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Melalui falsafah pendidikan dapat dilihat dalam dua bahagian Iaitu tradisional dan moden.  Ia menekankan aspek Pererialisme dan Esensisalisme.  Maksud pererial ialah tidak berubah atau lebih jelas sesuatu yang tidak berubah iaitu berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia yang bersifat sejagat dan tidak berubah.  Seperti mana yang terdapat dalam falsafah pendidikan ialah mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional inidividu, lebih pasif, menekankan agama melebihi sains, serta melatih 3M dan kemahiran meningkatkan kemahiran mental dan menaakul.  Manakala Esensesilisme pula berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini boleh berubah dari semasa ke semasa serta bersifat praktikal dan pragmatik.
Menerusi matlamat pendidikan pula, pengajaran maklumat lebih kepada berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid-murid sebagai penghayatan budaya.  Lebih kepada penumpuan terhadap inovasi kurikulum sekolah dengan perancangan yang rapi dan guru memainkan peranan utama, memberi latihan intelek dan mental seterusnya menerapkan 3M dan nilai kemasyarakatan ditekankan.
Selain itu, terdapat juga cebisan Falsafah Pendidikan yang mengambil kira ahli pendidik dan falsafah pendidikan yang terkenal dari Amerika Syarikat pada abad ke20 iaitu John Dewey iaitu membawa kepada fahaman pramatisme dengan mengatakan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang menyeluruh. Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan manusia yang holistik dari segi Jasmani, Emosi,Rohani, intelek dan sosial.
c)    Implikasi Falsafah Pendidikan Timur
Seterusnya implikasi Falsafah Pendidikan Timur iaitu berasaskan falsafah cina dan india.  Menerusi falsafah timur lebih menekankan kepada aspek intelek dan rohani sahaja.  Penekanan tidak diberikan kepada unsur jasmani seperti mana di Malaysia. Di Malaysia pendidikan jasmani dan kesihatan diberi penekanan dan juga merupakan salah satu mata pelajaran di sekolah.  Selain itu, pelajar juga diwajibkan untuk menyertai sukan dan permainan pada peringkat sekolah, daerah dan negara.  Melaluinya pelajar akan memperolehi kesihatan dari segi fizikal dan mental serta dapat menyumbang sesuatu kepada negara.  Walau bagaimanapun tidak banyak sekolah tidak mengikut seperti mana yang disarankan oleh kerajaan.  Kebiasaannya mata pelajaran ini diabaikan oleh kebanyakan sekolah dan ada juga yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.  Keadaan ini akan menyebabkan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dapat dicapai.
Menurut Conficius dalam Falsafah Pendidikan Conficius pendidikan adalah untuk semua dengan tidak mengira status sosio ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara.  Menerusi sistem pendidikan negara semua orang berhak untuk mendapat pendidikan tidak kiralah golongan miskin mahupun kaya dan tidak diabaikan juga mereka yang berkeupayaan khas.  Dewasa ini banyak sekolah Pendidikan Khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada semua Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya merekan dapat berdikari di masa akan datang bagi menghadapi dunia globalisasi dan cabaran wawasan 2020 serta tidak disisih.
Kesimpulanya, sekalipun terdapat banyak implikasi terhadap falsafah pendidikan timur, islam dan barat perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun negatif.  Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling bekerjasama dan berganding bahu antara satu sama lain demi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru.  Guru-guru hendaklah sentiasa mewujudkan akauntabiliti dan integrity dalam diri dan masyarakat demi melahirkan insane yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidika kebangsaan dan guru bagi bertanding dengan dunia globalisasi.

1 comment: